Friday, September 3, 2010

Bersambung Lagi

8. Barisan Kelapan
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik,kepala ke bawag dan kaki ke atas.Mereka adalah orang yang melakukan zina.Tempat mereka juga adalah di neraka.Sabda Rasullah s.a.w "Tiada bersunyi-sunyian antara lelaki dan wanita melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka.

9. Barisan Kesembilan
Diiringi dari kubur dengan wajah yang hitam dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh,mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

10. Barisan Kesepuluh
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta.Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

11. Barisan Kesebelas
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta pelbagai kotoran yang menjijikan.Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidupnya.

12. Barisan Keduabelas
Diiringi dr kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama.Mereka melalui titian Shirat al-mustaqim seperti kilat.Datang suara dari Allah yang memaklumkan " mereka semasa hidupnya adalah yang beramal soleh dan melakukan kebaikan.Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu dan meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan.Kasih sayang dan keredhaan Allah s.w.t

Thursday, September 2, 2010

KEADAAN MANUSIA SEMASA MENUJU KE AKHIRAT

Emm lama rasanya tak update blog ni sebab bz cikit.Kat sini aku nak kongsi cerita serba sedikit kisah seperti tajuk diatas bukannya nak tunjuk pandai tapi sekadar mengingatkan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan yang sudi baca blog merrah ni.

ADA 12 BARISAN MANUSIA YANG MENUJU AKHIRAT.

I. Barisan Pertama
Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki.Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah s.w.t " Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.Mereka yang sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahupun di akhirat"Firman"Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari memahami ayat-ayat-Ku ( yang menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka."

2. Barisan Kedua
Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah "Mereka orang-0rang yang meringankan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yang memelihara solat lima waktu akan dihindari dari seksa kubur sebaliknya mereka yang mengabaikan solat maka waktu ia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk."Rasullah s.a.w bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila ia berdiri untuk bersolat,maka diletakkan semua dosanya atas kepala dan kedua-dua bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud gugurlah dosa-dosa itu."

3. Barisan Ketiga
Diiringi dari kubur dengan bentuk keldai dan perut penuh ular serta kala jengking.Mereka adalah orang orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan.Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

4. Barisan Keempat
Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut."mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli".Berniagalah dengan jujur serta amah agar hasil yang diperolehi datang dari sumber yang halal.

5. Barisan Kelima
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang masyar."Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.Inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka

6. Barisan Keenam
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu

7. Barisan Ketujuh
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalair darah dan nanah dari mulut mereka.Mereka ini adalah orang yang enggan memberi saksi kebenaran

Pilu rasanya hati ini untuk meneruskan catitan pada blog ini yang mengenangkan diri banyak melakukan kesilapan yang tidak terkira banyaknya,semoga dengan catitan ini dapatlah sama-sama kita renung-renungkan..

Bersambung lagi..tunggu kesudahannye..

Friday, August 20, 2010

Bekas Penyimpanan Kuih

Firstly terima kasihlah kat kengkawan yang sudi jengah blog yang tidak seberape ni.Hari ni ada rakan opis minta tolong aku ni promosikan produk buatannya sendiri,maklumlah raya dah nak dekat,so kepada sesiapa yang ada terasa keinginan nak bagi hadiah kepada ibu ke,saudara mara ke atau sahabat handai,apa kata tahun ni buat kelainan sedikit,jika sebelum ni kita bagi kuih raya tahun ni kita bagi tempat bekas kuih raya.

Kualiti produk ni dijamin kerana ianya buatan tangan dan agak unik kerana ianya boleh mengikut kehendak anda sendiri sebagai pembeli mahupun peminat (English style) dan inilah masanya anda beli dan buat koleksi peribadi.



Reserve :
Nani Kajang-1 Set
Razali Melaka - 1 set




Reserve :
Meriam Bangi-2 set
Wan Subang Jaya-1 set

Kat atas tu adalah 2 koleksi yang telah siap dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada peminat-peminat english style ini.Harga untuk 1 set tu adalah RM 200.00 tidak termasuk pos.Harganya memang mahal sebab ianya menggunakan produk berkualiti,balang tu adalah balang kaca serta menggunakan kain yang dijamin mutunye.Kawan aku tu bagi 10% je kat aku ni bila terjualnya bekas dia ni,S0 bolehlah order kat sini,kalau nak jimat jadi follower blog ni dan anda akan dapat diskaun 10% daripada saya.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Hari ini semua umat islam dimuka bumi ini di wajibkan berpuasa kecuali ada kes-kes tertentu sahaja yang dibenarkan tidak berpuasa.Sahur pada kali ni biase je makan royi je pagi tadi dengan secawan air..harap2 tidak berlaku dehidrasi kerana kalau tidak kesian kat aniq tak dapat menyusu dengan banyaknye.Semperna bulan yang mulia ini yana ingin memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan..Selamat Berpuasa....

Saturday, August 7, 2010

hari sukaneka taska MPSJ

Hujung minggu ini aktiviti full.Pagi tadi aku ke tempat kerja sebab bagi sokongan pada anak-anak aku yang 2 orang tu masuk sukaneka Taska MPSJ di Kompleks Sukan MPSJ. Hari ni yang 2 orang tu bukan main lagi bangun jam 6 pg lagi tek perlu dikejut tak macam biasa kalau nak ke sekolah hari-hari pasti merengek je.Umi hari umi tengok kakak main sukan tau..itulah reaksi pertama Sofea bergitu juga dengan aieman turut menyampuk.Esok pulak aktivitinya ikut bapaknya pergi buat wiring rumah makciknya yang baru beliTu lah bestnye taklah boring sgt dok rumah ni.

Thursday, August 5, 2010

Sambutan Besday Sofea & Aieman

Sambutan besday ni telah diadakan di 3C Sunway depan kwn-kwn kesayangan mereka ni pada 29/7/2010.Rasa mcm dah tua aku ni sebab anak yg besar tu dah genap 4 tahun manakala yang ke-2 tu plak dah genap 3 tahun.Tapi yang tak bestnya beza hari lahir dengan aku ni tak banyak sangat.So sambutan untuk anak-anaklah nampaknye lebih utama.KESIAN kat aku ni..kek pun tak de..



bukan main lagi si adik suap kek kat kakak ni

inilah sebahagian kawan-kawan mereka ni.
Tempat ni adalah tempat rakaman program Haiwan Teladan

Bukan main lagi Sofea Senyum yang dibuat-buat
tu nampak benor tak ikhlas hehe..




Kek aieman tu dia tak suka tapi terpaksalah jugak potong dah penat agaknya menolak permintaan kawan-kawannya.Kepada member-member semua thanks for suppport

Wednesday, August 4, 2010

2 Hari bercuti

emm dah berhari-hari tak update blog aku ni..rindu rasanya ni,bukan ape bz sikit sebab buat preparation besday untuk 2 anak kesayanganku ini..Ikutkan malas aku nak buat besday party ni tapi si kakak ni yang beriye benor nak potong kek.Si abg pun same nak jugak potong kek so my hubby gan aku pun pergilah kedai kek berrys tempah kek 4 kilo.2kg untuk kakak n 2 kg untuk abang. Konon nak surprise kek tulah si abang pulak buat perangai tak nak potong kek sebab nak ke max ( ultraman ) tapi aku pulak tempah ikut suka aku ( macam lah aku nak potong kek tu) so aku tempahlah kek spangebon yang warna kuning tu lagi..




Inilah wajah anakku yang ke-2 ni aieman asyraf namanya.2/8/2010 genap 3 tahun umurnye..