Thursday, September 2, 2010

KEADAAN MANUSIA SEMASA MENUJU KE AKHIRAT

Emm lama rasanya tak update blog ni sebab bz cikit.Kat sini aku nak kongsi cerita serba sedikit kisah seperti tajuk diatas bukannya nak tunjuk pandai tapi sekadar mengingatkan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan yang sudi baca blog merrah ni.

ADA 12 BARISAN MANUSIA YANG MENUJU AKHIRAT.

I. Barisan Pertama
Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki.Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah s.w.t " Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.Mereka yang sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahupun di akhirat"Firman"Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari memahami ayat-ayat-Ku ( yang menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka."

2. Barisan Kedua
Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah "Mereka orang-0rang yang meringankan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yang memelihara solat lima waktu akan dihindari dari seksa kubur sebaliknya mereka yang mengabaikan solat maka waktu ia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk."Rasullah s.a.w bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila ia berdiri untuk bersolat,maka diletakkan semua dosanya atas kepala dan kedua-dua bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud gugurlah dosa-dosa itu."

3. Barisan Ketiga
Diiringi dari kubur dengan bentuk keldai dan perut penuh ular serta kala jengking.Mereka adalah orang orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan.Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

4. Barisan Keempat
Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut."mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli".Berniagalah dengan jujur serta amah agar hasil yang diperolehi datang dari sumber yang halal.

5. Barisan Kelima
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang masyar."Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.Inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka

6. Barisan Keenam
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu

7. Barisan Ketujuh
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalair darah dan nanah dari mulut mereka.Mereka ini adalah orang yang enggan memberi saksi kebenaran

Pilu rasanya hati ini untuk meneruskan catitan pada blog ini yang mengenangkan diri banyak melakukan kesilapan yang tidak terkira banyaknya,semoga dengan catitan ini dapatlah sama-sama kita renung-renungkan..

Bersambung lagi..tunggu kesudahannye..

No comments:

Post a Comment