Friday, September 3, 2010

Bersambung Lagi

8. Barisan Kelapan
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik,kepala ke bawag dan kaki ke atas.Mereka adalah orang yang melakukan zina.Tempat mereka juga adalah di neraka.Sabda Rasullah s.a.w "Tiada bersunyi-sunyian antara lelaki dan wanita melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka.

9. Barisan Kesembilan
Diiringi dari kubur dengan wajah yang hitam dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh,mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

10. Barisan Kesepuluh
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta.Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

11. Barisan Kesebelas
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta pelbagai kotoran yang menjijikan.Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidupnya.

12. Barisan Keduabelas
Diiringi dr kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama.Mereka melalui titian Shirat al-mustaqim seperti kilat.Datang suara dari Allah yang memaklumkan " mereka semasa hidupnya adalah yang beramal soleh dan melakukan kebaikan.Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu dan meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan.Kasih sayang dan keredhaan Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment